PELANCARAN UNIT AMAL GERIK

GERIK, 22 jun 2008 - Jabatan Amal Negeri Perak hari ini telah menlancarkan satu lagi unit di Negeri Perak dengan Rasminya iaitu Unit Amal Kawasan Gerik, Seramai 10 orang daripada rombongan ALP Amal Negeri telah bersama dalam pelancaran tersebut.

Perasmian telah dilancarkan oleh Pengarah Amal Negeri Perak Saudara Zamarul Aini beliau mengharapkan agar uni amal yang ditubuhkan di Gerik akan terus berkembang dengan menganjurkan pelbagai program bersama masyarakat, kerana Unit Amal kini telah dikenali di mata Masyarakat. Kehadiran ALP Amal Negeri Perak telah disambut dengan perbarisan oleh ahli Unit Amal Gerik dan program diteruskan dengan pembentangan mengenai Jabatan Amal oleh setiausaha Jabatan Amal Negeri.

Program yang bermula pada jam 11 pagi itu telah tamat pada jam 4.00 petang. Dan rombongan Jabatan Amal Perak terus berangkat ke Parit Buntar untuk memberi taklimat keselamatan kepada ahli Unit Amal Parit Buntar.

 
Load Counter