Felda Bersia Banjir

Felda Bersia, 16 Ogos – Hujan lebat selama empat jam mengakibatkan beberapa kawasan di Felda Bersia dilanda banjir kilat. Kejadian ini mengakibatkan 4 buah rumah dan 1 kedai runcit mengalami kerugian dengan pelbagai kerosakan kerana dinaiki air.

Faktor penyumbang kepada berlakunya banjir ini disebabkan keadaan longkang yang tidak berfungsi dengan baik.

“Sistem perparitan dan saliran di kawasan ini berada di tahap teruk dan mengakibatkan salirannya tersumbat dan air hujan bertakung di kawasan ini.

“Masalah perparitan sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan permasalahan ini telah diadukan kepada pihak felda, bagaimanapun tidak tahu sejauh mana tindakan mereka ambil. Masalah ini masih belum dapat diselesaikan dari dahulu lagi dan mengakibatkan banjir kilat.

Longkang asal di hadapan rumah felda ini adalah longkang yang kecil dan beberapa kali sudah diberitahu kepada pihak felda supaya longkang yang besar dibina namun hanya kerja menaik taraf longkang sahaja dilakukan.

Sistem perparitan dan saliran itu tidak berfungsi dengan baik, kawasan peringkat pertama felda bersia kali ini mengalami banjir kilat dan ini adalah yang terburuk.

“Terdapat kawasan yang airnya naik sehingga ke paras lutut dan banyak harta benda penduduk rosak. Banjir berlaku dengan cepat mengakibatkan mereka tidak sempat untuk mengemas dan menyelamatkan harta benda mereka. Banjir kilat surut sekitar jam 8 malam pada hari yang sama.

Syabas kepada unit Amal Gerik yang diketuai saudara Umai kerana berjaya mengadakan gotong-royong membersihkan rumah-rumah serta kedai yang dilanda banjir malam tadi di Felda Bersia.

Apa yang menariknya kita melihat kejayaan para petugas Unit Amal kita bersama-sama membantu penduduk dengan menyumbang tenaga dan penat lelah termasuklah rumah Ketua Cawangan UMNO Felda Bersia saudara Razila






Ayorrr....sudah penuh dalam rumah yeoppp!!!





Kerja pembersihan sedang dilakukan oleh unit amal gerik di rumah abang din !!!




Ape...nak buat cuci aje ler yeop!!!

Rumah abang din yang teruk kena banjir...



Begini lah keadaan banjir yang melanda di peringkat pertama felda bersia akibat longkang yang kecil





Kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan...anggota unit amal gerik bersalaman dengan ketua cawangan UMNO felda bersia saudara razila





Anggota Unit Amal Gerik sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah ketua Cawangan UMNO Felda Bersia



Di kedai runcit saudara rosli anggota unit amal gerik turut juga melakukan kerja-kerja pembersihan sehingga selesai


lagi...

Sekitar Gambar Di Tapak Ceramah Markas PAS Kerunai Gerik

Anggota Unit Amal Gerik Malam Ini Telah Ditugaskan Mengawal Keadaan Dijalanraya Supaya Tiada Kesesakan Berlaku Di Kawasan Tapak Ceramah. Sehingga Tamatnya Ceramah Semua Keadaan Jalaraya Di Kawasan Berkenaan Lancar....






lagi...

Sekitar gambar ceramah maulidul rasul di dewan serbaguna felda bersia gerik

Seramai 20 orang Unit Amal PAS Gerik dikerahkan malam ini bagi mengawal keadaan dan lalu-lintas sempena ceramah maulidul rasul yang berlansung di dewan serbaguna felda bersia jam 9.00 malam tadi. Ceramah maulidul rasul ini telah disampaikan oleh Y.B Mohd Amar bin Abdullah iaitu Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Sehingga berakhirnya ceramah pada jam 12.00 malam tadi tiada apa-apa yang tidak dingini berlaku.
Alhamdulilah.........


Petugas Unit Amal sedang mengawal keadaan sekitar ceramah


Komer tunggu sini teman nak kesana kejap!! Itu lah yang dikatakan oleh anggota unit amal yang depan sekali tu.......


Wah..segak segak anggota unit amal gerik ni !!!!


Agak-agak mana satu komer berkenan dalam ramai-ramai ni ?




Sebahagian orang ramai yang hadir ceramah maulidul rasul

Y.B Mohd Amar sedang memberikan ucapan kepada orang ramai yang hadir lagi...

ANGGOTA UNIT AMAL PAS ZON Bukit Beruntung/Bukit Sentosa Kemalangan

Semalam seorang ahli Unit Amal Hulu Selangor Mohd Zizan telah mengalami kecederaan setelah terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Templer , Rawang.Pada masa itu beliau menaiki motorsikalnya di belakang 2 buah kereta yang tiba-tiba asyik melihat satu kemalangan di sebelah kanan jalan.Secara tiba-tiba kereta tersebut memblok laluan motorsikal sahabat itu dan beliau terlanggar kereta dan tersembam ke sebelah kanan jalanraya, mujur cedera di dagu beliau.Beliau dimasukkan di Hospital Ampang Puteri dan pada jam 2.30 petang satu pembedahan kecil telah selamat dilakukan dan beliau adalah dalam keadaan stabil cuma tidak boleh bercakap secara biasa supaya kesan pembedahan dagu cepat sembuh.Petangnay ramai kaum keluarga beliau dan sahabat seperjuangan melawat dan mendoakan kesejahteraan beliau.

http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com lagi...

PPMSI, Anggota Unit Amal dikasari dan ditahan







"Kuala Lumpur, 8 Mac. Anggota Unit Amal, Laili Masran, 45, yang ditahan polis dalam Himpunan 100 ribu membantah PPSMI semalam dikenakan tahanan reman selama dua hari. Tujuh orang yang ditahan telah dibebaskan.


Menurut peguam Zulkarnain Lokman yang mewakili Laili yang hadir di Mahkamah Jalan Duta untuk permohonan reman hari ini menyatakan Laili ditahan di bawah Seksyen 117 atas tuduhan menyertai perhimpunan haram serta menghalang penjawat awam melaksanakan tugas

Laili merupakan Anggota Unit Amal Johor dan bekerja sebagai pemandu van Pasti di Batu Pahat, Johor.

Jelas Zulkarnain yang ditemui selepas membuat permohonan reman itu, Laily ditahan di lokap Balai Polis Dang Wangi dan maksimum ditahan reman sehingga petang esok.

Menurut Zulkarnain, beliau bertanya kepada Laily sama ada pihak polis mengasarinya, Laili menyatakan terdapat benjolan di bahagian kepala akibat dipukul anggota polis dan beliau juga mengadu kesakitan di dada.

"Saya minta supaya pihak polis membawa beliau membuat pemeriksaan kesihatan serta membuat laporan polis berhubung kecederaan tersebut,"katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad yang ditemui di lobi mahkamah turut menyeru orang ramai agar memberi sokongan terhadap 'pembebasan' Laily di Balai Polis Dang Wangi jam 3.30 petang esok.

Turut hadir di mahkamah ialah Setiausaha GMP, Hasni Abbas.

Dalam pada itu, Naib Presiden Antarabangsa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz yang turut hadir di Mahkamah mengkritik sekeras-kerasnya tindakan pihak keselamatan yang dilakukan terhadap rakyat yang menghadiri perhimpunan aman tersebut.

Beliau menjelaskan, memandangkan perhimpunan anjuran GMP itu mendapat permit, pihak polis tidak sewajarnya menggunakan kekerasan terhadap mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut.

Justeru, beliau berpandangan tindakan polis yang melepaskan gas pemedih mata pancutan air terhadap rakyat yang menyertai perhimpunan adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan tidakan rambang pihak keselamatan yang mencederakan sebilangan besar kelompok wanita dan kanak-kanak serta orang awam yang tidak terlibat secara langsung dalam perhimpunan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap tindakan pihak polis yang menahan dua buah bas yang membawa wakil orang asli Perak dan penangkapan tanpa asas yang kukuh empat orang penyokong GMP termasuk Laili.

" Laili ditangkap hanya kerana mahu meleraikan provokasi yang dilakukan oleh pihak FRU terhadap aktivis PKPIM. Maka, PKPIM menghargai sepenuhnya tanggungjawab yang dilaksanakan beliau untuk memastikan keselamatan terkawal dan berjanji untuk memberi sokongan padu kepada beliau,"tegasnya.

Dalam pada itu, Muhamamad Faisal turut menafikan terdapat usaha untuk mempolitikkan perhimpunan aman ini dengan partisipasi langsung sebelah pihak dengan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis memohon maaf secara terbuka kepada seluruh pendukung GMP dan orang awam demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan hak-hak asasi manusia.

Sumber:harakahdaily lagi...

Demo Anti-PPSMI Dihujani Gas Polis -- Tahniah Sekali Lagi Untuk Unit Amal!















Gerakan aktivis bahasa menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya, mengulangi peristiwa perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu.

Peristiwa bersejarah pada 3 Mac 1967 itu bagi membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), waktu itu antara lokasi penting kegiatan sasterawan dan intelektual Melayu.

Mereka merancang mengadakan bantahan ke Parlimen. Nombor '152' merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh fasal Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Hari ini, selepas 42 tahun peristiwa penting dalam perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu, kira-kira 8,000 orang berarak dari Masjid Negara selepas jam 2 petang tadi.

Mereka bagaimanapun dihujani tembakan gas pemedih mata oleh polis di sekitar Kampung Attap, hanya beberapa ratus meter dari pintu masuk utama Istana Negara.

Peserta perhimpunan itu - yang asalnya hanya dibenarkan oleh polis diadakan di masjid tersebut - melanggar arahan polis yang melarang sebarang perarakan.

Mereka berhasrat membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu yang diperkenalkan sejak 2003.

Polis pada mulanya berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana melalui Lebuhraya Mahameru.

Untuk memintas sekatan polis di situ, kumpulan ribuan penentang dasar tersebut - termasuk pemimpin dan penyokong PAS dan PKR - bergerak melalui jejantas depan masjid menuju ke arah Kampung Attap melalui Jalan Syed Putra.

Polis melepaskan berpuluh-puluh das gas pemedih mata ke arah kumpulan penentang dasar PPSMI di situ bermula jam 2.40 petang sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada beberapa kelompok kecil.

Suasana kelam-kabut, orang ramai yang berpakaian putih dengan tulisan merah "Mansuhkan PPSMI" dan "Selamatkan Bahasa Melayu" - sebagai lambang membantah PPSMI - di barisan hadapan bertempiaran lari.

Walaupun kelihatan asap gas pemedih mata berkepul-kepul di udara, barisan belakang peserta perhimpunan terus bergerak ke depan, dengan harapan dapat menuju ke Istana Negara.

Mereka bersurai seketika bagi mengelak kesan asap gas pemedih mata. Manakala sebahagian lagi terus berdegil cuba berarak ke istana walaupun diminta bergerak pulang ke masjid.

Polis antirusuhan pula memancutkan air kepada orang ramai di jalan pendek menuju mahkamah syariah dari arah Jalan Syed Putra sewaktu mereka ingin pulang ke lokasi awal perhimpunan.

Sebahagian peserta demonstrasi telah kembali ke Masjid Negara selepas jam 3 petang tadi.

Ratusan orang ramai yang berkumpul di perkarangan masjid sekali lagi ditembak dengan gas pemedih mata. Beberapa das tembakan kedengaran.

Sementara di Istana Negara, kawalan lebih 150 anggota polis dan unit pencegah rusuhan FRU, termasuk kenderaan pemancut air.

Polis membuka semula laluan hampir jam 4 petang di Lebuhraya Mahameru dari kedua-dua arah yang ditutup selama 90 minit bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Empat lelaki berusia, dijangka antara 30-an hingga 50-an, ditahan polis dan mereka dimasukkan di dalam sebuah trak di depan istana.

Butiran lanjut belum diperolehi. Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan pegawai polis di situ gagal.

Penasihat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang menganjurkan perhimpunan itu, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad berjaya menyerahkan memorandum anti-PPSMI jam 2.50 petang.

Penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini menerima memorandum bersejarah itu di pintu masuk utama Istana Negara kira-kira jam 2.50 petang.

Lima lagi pemimpin GMP yang dijadual menyerahkan memorandum tersebut tidak kelihatan, dipercayai tersekat dalam kumpulan penyokong gerakan itu.

Bercakap kepada media selepas penyerahan, A Samad berkata rombongan pemimpin GMP pada asalnya merancang ke istana dengan kereta, bagaimanapun ia gagal kerana kesesakan.

"Saya berjalan, sepatutnya diiringi dengan motokar," katanya.

Tambahnya, inilah "pengalaman pertama" matanya pedih dan mengalami keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana.

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," katanya (dua dari kanan).

Perjuangan menentang dasar ini tidak akan berhenti hari ini, malah ia akan diteruskan pada masa akan datang, katanya lagi.

Selain Ketua I Persatuan Penulis Nasional (Pena) Datuk Baha Zain dan beberapa sasterawan Melayu, pemimpin pembangkang yang kelihatan termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharuddin Mat Isa, naib presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Kamaruddin Jaafar, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan naib ketua Angkatan Muda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

http://jabamal.blogspot.com lagi...

 
Load Counter